Tuesday, January 18, 2011

Tak Baik Tutup Rezeki Orang!: BACK UP TESTIMONI SHADIRA BEAUTY THE BEST!!!!

Tak Baik Tutup Rezeki Orang!: BACK UP TESTIMONI SHADIRA BEAUTY THE BEST!!!!: "Cuba Renung Seketika ... Adakah mudah bagi seseorang untuk menetap di rumah orang lain? Siapa lah yang sanggup tinggal rumah orang lain yan..."

BACK UP TESTIMONI SHADIRA BEAUTY THE BEST!!!!

Cuba Renung Seketika ...

Adakah mudah bagi seseorang untuk menetap di rumah orang lain? Siapa lah yang sanggup tinggal rumah orang lain yang tidak dikenali selama beberapa hari atau beberapa minggu? 

Bukankah ini satu kebanggaan bahawa Shadira Beauty Post Natal berjaya membekalkan terapis yang sanggup menetap bersama kita ketika dalam pantang?.

Di samping menjaga kita, merawat dan melayan karenah kita bagaikan puteri?. Mudah sangat ke Shadira latih mereka?  dan di mana dia dapatkan tenaga kerja yang sanggup layan kita?

Apalah yang dipersoalkan sangat tentang harga?. Bukankah harga yang ditawarkan berbaloi.  Jom kita buat costing sikit .... 

PENJAGA PANTANG 7 HARI
Servis yang dia orang bagi ...
Urut Bersalin merangkumi Urut Seluruh Badan termasuk payudara, kepala, ketiak dan peranakan ...memang best punyer! ... complete!

Urut Bersalin 3X Seminggu 90 x 3 jadi RM 270, Tungku RM 30 x 7 jafi RM 210, Berbengkung RM 70, Rebus Mandi Ibu RM 70,   Mandikan Baby dan Urut Baby RM 100,  Skrub Badan RM 50 dah berapa semua RM 770. Lain lain servis, tolong siapkan Minum Pagi & Minum Petang, Makan Tengahari & Malam,  Mencuci & Jemur Baju Ibu & Anak, Jemur Baby kalau kuning ke, kemas bilik ibu pantang, buangkan pad darah Ibu, Jaga Baby dll anggaran RM 50 sehari dah jadi RM 350. Dah berapa semua tu? RM 1120 

Tugas tugas lain pulak yang tak sepatutnya dilakukan - buat air untuk tamu yang datang tengok baby, mandikan ibu bersalin yang tak larat, jaga baby waktu malam, cuci tandas ibu, cuci pinggan mangkuk, tolong masak untuk satu keluarga, kemas rumah, ikut pergi klinik .. ini semua tak nak kira ke? RM 200 boleh? Dah total RM 1320.

Kalau bayar RM900 untuk seminggu, harga sehari RM 128.57 only. Kos makan minum/tempat tidur pun dah di kira nampaknya di tolak siap dari RM 1320.
   
Tak berbaloi jugak ke? Apa yang mahal sangat tu? Ini kan KL bukan kampung?. Bidan kampung pun tak sanggup nak tinggal dengan kita, datang kejap lepas urut dah pun balik yang lain lain kena lah mak kita yang buat tapi kalau pantang sendiri, alamatnya buat sendiri je semua.

Terkilan juga baca blog, rasa kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang hanya pentingkan diri sendiri. Cepat sangat nak kutuk orang tanpa fikir panjang. Tak payah la nak heboh, menjatuhkan maruah dan imej orang lain, menutup periuk nasi orang lah katakan.  Kalau kita yang kena macamana rasa?. Kalau tak puas hati, runding je cara baik dan dapatkan ganti rugi.  

Ada juga pelanggan yang bijak menggunakan haknya dapatkan pengganti yang lain. Ada ke patut keluar waktu kerja, pulak tu nak pecahkan pintu yang terkunci, mana munasabah, siapa boleh tahan orang macam ni, memang patut ditukar. Boleh jadi dia tu ada masalah peribadi ketika itu.  Tapi apa apa lepas dapat pengganti, servis puashati kan? Macamana pulak servis shadira tak bagus, kan dia ambil tindakan?.

Kekadang kena juga renung semula ... Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ... Tapi mana ada orang mengaku kesalahan mereka. Customer is always right!.

Ada juga yang siap ambil nombor telefon penjaga pantang tu so   lain kali boleh potong kos, tak payah lah bayar tinggi kat ajensi. Ini lah dia masyarakat perosak mementingkan diri sendiri. Tak fikir kalau penjaga pantang tu dah diberhentikan kerja, awak sorang je pelanggan dia. Betapa lah susah untuknya mencari pelanggan lain, mungkin juga 3 bulan dia tak ada mata pencarian untuk menampung perbelanjaaan rumahnya. Orang macam ini bukan tahu fikir panjang asal di umpan je sangkut!. Lepas dapat ilmu dan latihan lengkap dia pun cabut buat business sendiri.

Ada jugak yang tak teragak agak nak fitnah tak tentu pasal.   Selama 3 tahun saya kenal pn shadira belum pernah lagi jumpa maknya.  Setahu saya orangnya sungguh friendly & caring. Kawan mana pulak yang kahwin dalam lingkungan umur hampir separuh abad ni?.  


Kalau shadira beauty tak komersilkan servis ini memang payah nak dapatkan servis macam ini di bandar. Tapi kini dah tumbuh macam cendawan,  ramai yang buat servis macam shadira ini tapi masih tak sehebat servis yang diberikan oleh shadira. Saya nampak yang lain lagi mahal!.

Cubalah renung seketika ...  menjaga ibu pantang dan bayi bukankah satu tanggungjawab yang berat?.  Membersihkan luka jahitan ibu bersalin, memapah & pimpin ketika susah nak jalan, membuang pad najis haid, membantu melancarkan air susu ibu, melayan perasaan ibu bersalin, ada yang meroyan, ada yang mendapat bentan, alahai macam macam lagi.

Setelah kita sihat, kita dah pun lupa saat kita sakit dan kemudian kita pun mula pertikaian duit yang di bayar. Bukan bayar selalu, hospital boleh bayar, beli barang bayi mahal boleh, alahh macam macam la...

Harap harap Shadira bersabar dan terus berkhidmat membantu ibu bersalin yang memerlukan bantuan ketika dalam pantang dan juga membantu ibu tunggal yang perlukan pekerjaan. Usah di hiraukan kata kata sinis orang sebab ramai lagi yang yakin dan memerlukan servis ini.

Ku akan kenang budi mu sentiasa!
Ikhlas dari ku